JUN 2023

Premier, Isteri Hadiri Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Terdahulu, ketibaan Premier dan isteri yang tiba kira-kira pada jam 11.30 pagi disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa dif-dif kenamaan lain. 

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2023 yang menyajikan makanan utama tradisional kaum dayak iaitu ayam pansuh dan banyak lagi selain diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian daripada dif-dif kenamaan yang hadir.

Sumber dari : Sarawakku